Tuesday, June 30, 2009

Cara menghapuskan lipas

Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu.
Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.

Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol.
Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
Jangan biarkan sampah sarap di rumah
Selalu cuci bilik air
Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.

Mengurangkan lebuhraya lipas
Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur.
Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat.
Begitu juga di ceiling.

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya.
Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.
Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
Dua bahagian tepung gandum
Satu bahagian koko
Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.

note : sumbangan email dari kawan2

azzadeen

Monday, June 29, 2009

Letih Selama 9 bulan

Letih rasenya diri aku.Selama hampir 9 bulan aku bekerja kat Melaka nie.

Alhamdulillah segala pemasalahan dapat ditangani.Cuma masih dalam ujian
keadaan barang2 yang aku pasang kat sini.Hope sangat next month aku boleh balik
Kuala Lumpur balik then amik leave then start balik kerja kat offshore nie.
Doakan acudeen yer.

by: acudeen

Sunday, June 28, 2009

Salah Faham-Idea

Salah Faham


Kenapa manusia sering salah paham?

Dari segi pandangan azzadeen, salah paham adalah satu aktiviti normal dalam
diri setiap individu dalam dunia ini. Di mana salah paham sering sahaja berlaku dan
kadang-kadang dari perkara ini boleh berlakunya pergaduhan,permusuhan dan macam-
macam lagi.

Salah paham selalunya berpunca dari :

1.rasa ketidakpuashati dalam diri individu terhadap individu lain
2.reaksi individu yang selama ini dikenali berbeza dengan keadaan sekarang(mencurigakan)
3.contoh dalam satu organisasi, ahli merasa salah paham ke atas ketua yang mana ketua telah
menunjukkan sesuatu diluar jangkaan ahli (idea tanpa bukti ia berkesan, atau idea yang mungkin boleh menyebabkan hilang kepercayaan)

Cara Bagi mengelak diri dari di jadikan punca salah paham

1.menerangkan sesuatu idea dengan jelas dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh bagi menyokong idea itu
2.beterus terang di depan individu lain tentang apa yang dihasrati.
3.bertindak dengan cara yang betul mengikut prosedure yang telah ditetapkan sebelum ini
4.cuba menjadikan suatu isu di bincang sebelum membuat keputusan

What is H1N1

What is H1N1
H1N1 (referred to as “swine flu” early on) is a new influenza virus causing illness in people. This new virus was first detected in people in the United States in April 2009. Other countries, including Mexico and Canada, have reported people sick with this new virus. This virus is spreading from person-to-person, probably in much the same way that regular seasonal influenza viruses spread.

What epidemiological investigations are taking place in response to the recent outbreak?

CDC works very closely with state and local officials in areas where human cases of new H1N1 flu infections have been identified. CDC has deployed staff to several states to assist with the investigation of the impact of the novel H1N1 influenza, including the assessment of the severity of illness, how easily the virus spreads, and the amount of time people may be infectious. In states where EpiAid teams have been deployed, many epidemiological activities are taking place or planned including:

  • Active surveillance in the counties where infections in humans have been identified;
  • Studies of health care workers who were exposed to patients infected with the virus to see if they became infected;
  • Studies of households and other contacts of people who were confirmed to have been infected to see if they became infected; and
  • Study to see how long a person with the virus infection sheds the virus.

Latest will update soon

Saturday, June 27, 2009

KICKMANIA!

























COME JOIN US PLAY THIS GAME AT FACEBOOK
AND INVITED US AS YOUR FRIENDS

ACUDEEN : acudeen@live.com
AZZA : zurianiza_84@yahoo.com


Banana Boat - Azzadeen



















































Best hari nie..azzadeen bersantai dgn keluarga zuria kat telok batik.
Actually kitaorg dari taiping gie orang kawin.Then kebetulan family zuria wat
trip ke telok batik..Apa lagi kitaorg terus join dari taiping.
Agak lewat la...tapi alhamdulillah dapat gak kitaorg mandi manda dan naik banana boat.
siap kene campak lagi...
Weekend yang best

Sunday, June 21, 2009

JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN

JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN


Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!

PERTAMA. Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA. Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA. Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT. Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.

KELIMA. Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.

KEENAM. Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH. Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN. Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH. Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS. Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka. KEDUABELAS. Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS. Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS. Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS. Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS. Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS. Berpeganglah kepada tiga R: 1. Rasa hormat pada diri sendiri; 2. Rasa hormat kepada orang lain; 3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS. Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS. Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH. Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU Adaketikanya anda perlu bersendirian.

Kenapa Orang Islam Menolak Khinzir



















ihsan dari email:

Thursday, June 11, 2009

Beware with PEMUKAU

Assalamualaikum wbt.


Disini aku nak bagi peringatan buat kawan2 semua
Skrg ada kes pukau, baru-baru ni di damansara
di mana mangsa telah dipukau oleh si pemukau.
Mangsa kehilangan barang berharga dan wang.
so beware please.

*wanita pastikan keluar berteman
jangan mudah menyapa org yang tak dikenali
*jangan bawa barang terlalu berharga ketika keluar.
*wang jangan bawa banyak sangat dalam poket.

malang tidak berbau.so kita kene berwaspada dengan
semua nie.sayangi diri anda sendiri.

Wednesday, June 10, 2009

Tangkap Burung

Assalamualaikum


Semalam 9 June 2009 aku buat 1st time nye menangkap burung.
Huhu..
Nak di ceritakan kat sini, burung tu sebenarnya tersesat masuk ke dalam
tower tempat aku buat kerja sekarang(Melaka)..mcm mana boleh masuk aku
pun tak tau. 2 ekor lak tu...
Penuh taik dia kat lantai.
Apa lagi aku memberanikan diri untuk menangkap burung nie.
Akhirnya berjaya..
Yaho..............

Friday, June 5, 2009

Bila la nak setel

Assalamualaikum


Aduish....
Bila la nak setel kerja aku kat Melaka nie.
Mcm2 complaint.Bengkak jer.
Project Mnger mcm hare...tak amik tau..
Banyak nyer dugaan..
Aduish.........
Bosan

Aktiviti YF Lepak Di Ambang Watie

Assalamualaikum wbt.

Venue : Ambang Watie Restaurant
Time/Date : 11pm-2am/ 6-June-2009 (friday)
Activity : To eat,sing and free activity.

Come join Us Yamcha Family.

details links:

www.yamcha-family.blogspot.com
http://yamch4family.fotopages.com
http://www.facebook.com/group.php?gid=48345036105&ref=ts

email : yamcha_family@yahoo.com

Monday, June 1, 2009

Selamat Pengantin Baru


Assalamualaikum wbt.

Selamat pengantin baru buat Bad dan Ieta.
Cinta pada zaman belajar telah bersatu
pada awal bulan May lalu.
Dan majlis bersanding dan jamuan dilansung pada
30.5.2009 dan 31.5.2009.Azzadeen mengucapkan
selamat pengantin baru,panjang
umur dan murah rezeki.