Wednesday, August 19, 2009

Khas untuk dirimu zurianiza

Aku amat mencintai dirimu.

Pertama kali aku pandang wajah dan gaya mu
Aku telah jatuh hati dan tertawan
Mulai dari itu aku mula merasa sayang dan ambil berat terhadap
dirimu.

Indah bila hodup bersama
kemana-mana sentiasa bersama
Aku impikan keindahan itu untuk dikongsikan bersama
Hingga ke akhir hayat aku

Usah dirimu ragui kasih sayang ku
Kerana kasih sayang ku tidak mudah dihancurkan
walaupun pelbagai halangan dan rintangan tetap aku usahakan
Demi cinta aku katakan aku sanggup dapatkan dengan usahaku sendiri.

Maafkan aku atas kesalahanku
Kekuranganku

Aku mencintai dirimu
hingga akhir hayat aku.

Selamat Menyambut Ramadan

Assalamualaikum wbt.

Sempena Ramadan akan tiba beberapa hari lagi ini azzadeen ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah wajib ini dengan jayanya. Azzadeen ingin memohon maaf diatas segala kesalahan yang mungkin kita tidak nampak.Maafkan segala kesalahan yang azzadeen telah buat semoga bulan Ramadan ini dapat kita lalui dengan tenangnya.

Wassalam

Wednesday, August 5, 2009

Renungan

renungan

jika kamu memancing ikan…
setelah ikan itu terlekat di mata kail…
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu
sahaja…
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu…
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang…
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja…
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu…
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada…
jangan terlalu mengharap pada takungannya…
dan janganlah menganggap ia begitu teguh…
cukuplah sekadar keperluanmu…
Apabila sekali ia retak…
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…
akhirnya ia dibuang…
sedangkan jika kamu cuba membaikinya…
mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…
Janganlah kamu terlalu mengaguminya…
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…
anggaplah dia manusia biasa…
Apabila sekali dia melakukan kesilapan…
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya…
Sedangkan jika kamu memaafkannya…
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
yang kamu pasti baik untuk dirimu…
Mengenyangkan. Berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain…
Terlalu ingin mengejar kelazatan…
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya…
Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu…
Menyayangimu. Mengasihimu…
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain…
Terlalu mengejar kesempurnaan…
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...

notes from facebook zurianiza aini

Tuesday, August 4, 2009

Berapa Lama Kita Di Kubur

Semoga bermanfaat......

Berapa lama Kita dikubur?

Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu merah Karet.

Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ice-krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk dicicapi, sementara tangan kirinya mencengkam Ikatan sabuk celana ayahnya.

Yani dan Ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk Di atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915: 20- 01-1965"

"Nak, ini kubur nenekmu mari Kita berdo'a untuk nenekmu" Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia mendengarkan ayahnya berdo'a untuk Neneknya...

"Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya Yah." Ayahnya mengangguk sambil tersenyum, sambil memandang pusara Ibu-nya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 42 tahun ya Yah..." Kata Yani berlagak sambil matanya mengira dan jarinya berhitung. "Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 42 tahun ... "

Yani menoleh kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di sana . Di samping kuburan neneknya ada kuburan tua berlumut "Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910"

"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 106 tahun yang lalu ya Yah", jarinya menunjuk nisan bersebelahan kubur neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengusap kepala anak satu-satunya. "Memangnya kenapa ndhuk( anak perempuan) ?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya. "Hmmm, ayah kan semalam bilang, bahwa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa dineraka" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya. "Iya kan yah?"

Ayahnya tersenyum, "Lalu?"
"Iya .. Kalau nenek banyak dosanya, berarti nenek sudah disiksa 42 tahun dong yah di kubur? Kalau nenek banyak pahalanya, berarti sudah 42 tahun nenek senang dikubur .... Ya nggak yah?" mata Yani bersinar keranana bisa menjelaskan kepada Ayahnya pendapatnya.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampaknya cemas ...... "Iya nak, kamu pintar," kata ayahnya pendek.

Pulang dari pemakaman, ayah Yani tampak gelisah Di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan anaknya... 42 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur .... Lalu Ia menunduk ... Meneteskan air mata...

Kalau Ia meninggal .. Lalu banyak dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti Ia akan disiksa 1000 tahun?
'Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un' .... Air matanya semakin banyak menetes, sanggupkah ia selama itu disiksa? Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan disiksa di kubur. Lalu setelah dikubur? Bukankah Akan lebih parah lagi?
Tahankah? padahal melihat adegan pameran dipukuli masa di tv kemarin ia dah tak tahan?

Ya Allah... Ia semakin menunduk, tangannya mengangkat, setinggi bahunya naik turun tak teratur.... air matanya semakin membanjiri pipi dan janggutnya...

"Allahumma as aluka khusnul khootimah".. berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak ... Dan ia berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani.

Dihampirinya Yani yang tertidur di atas dipan Bambu. Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur.... tanpa tahu, betapa sang bapak sangat berterima kasih padanya karena telah menyadarkannya arti sebuah kehidupan... Dan apa yang akan datang di depannya...

"Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."

Sumber dari notes member di Facebook

Monday, August 3, 2009

Azzadeen Trip To Pahang















Best perjalanan ke negeri Pahang.
Banyak Aktiviti telah azzadeen lakukan
bersama semasa berada disana.

Aktiviti yang telah azzadeen lakukan :

*pergi majlis kenduri kawin
*pusing2 kuantan
*lepak telok cempedak sambil makan2 dengan famili azza
*main game kat fun fair kuantan
*ke felda chini
*bersiar2 di tasek chini

Nak tgk gambar2 kami lagi sila browser to




Pohon Maaf

Assalamualaikum wbt.


Di sini Azzadeen ingin memohon maaf kerana telah lama
tidak mengemaskini blog kami.Masing-masing sibuk dengan kerja
harian.I'Allah azzadeen akan mengemaskini blog kami di akan datang
dengan informasi,cerita dan macam-macam lagi.

Terima Kasih

Thursday, July 23, 2009

Penat memikirkan

penant memikirkan sesuatu yang tak sukar

hendak digambarkan.hendak diluahankan
tetapi takut untuk meluahkan.
sayang cinta semua ada..sedih pahit kecewa
juga dapat dirasa.
mana silap, mana betul.tapi i'Allah semua tu
akan dapat dicapai jika niat kita itu benar.
masih penat lagi untuk memikirkan nya.
segala-galanya telah dibuktikan
tinggal tunggu tiba masanya ia ditetapkan.

semoga cepat la deme ni pindah.
aku dah bosan tgal kat sini....
ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
aku mahu pulang

Thursday, July 16, 2009

Fantasy Football








Come join me to play in Fantasy Football.
BPL League.

website : www.fantasy.primierleague.com

step:

1.register
2.created your own team
3.join league

please join me at

league : acudeen
enter this code : 218104-56229


Monday, July 13, 2009

Sunday

Assalamualaikum wbt.


Erm..hari ahad yang sungguh membuat terasa diri tidak senang.
1st bangun lewat coz letih sangat kerana terlalu pax aktiviti pada
sabtu kelmarin.
Bangun je dari tido terus masak makanan untuk makan tengahari.
Makan bubur jer.Layan FB dengan membaca email.Biasa lah weekend
pun kadang2 ada kerja nak dibuat.
After makan minum, g tgk pameran berlian kat KLCC.pergi dengan dak2
yamcha famili.rambang mata aku tengok berlian, emas , jed dan banyak lg.
Berjaya gak la rembat satu barang untuk dibuat untuk majlis merisik nanti.
Lepas tu g PJ tengok pameran kahwin.tapi sedikit terkilan bila nampak kawan
cuba mengelak dari dijumpai atau ditegor..takpe la masalah dia.
Erm..best la gak dapat makan A&W dengan kekawan.kenyang gak dibuatnya.
Malam baru pulang.,
Tapi enjoy....thanks SUNDAY.



Welcome to Yamcha Family


















Welcome to our family Aida.
Terima kasih kerana sudi menerima
Yamcha Family punye kejutan.
Thanks kerana dapat meluangkan masa
bersama2...berbual2,makan kek.
Kehadiran Aida memang di nanti oleh
Yamcha Family

note : sorry lupa nak update

Sunday, July 12, 2009

Saturday Drive-Nasi Lemak And PD trip without planning
































































Aktiviti yamcha family tanpa dirancang.Plan awal hendak ke Ulu Yam.
Ntah mcm mana boleh terlepas ke Port Dickson.Best sangat,
Ahli yamcha yang pergi Syahoney,Zuria,Fandi dan Acu.
Semua aktiviti kami buat di PD, dari BBQ,Mandi Manda,Naek Banana Boat.Best sangat
Plan in future hendak buat 1 week trip cross all south state at Penisular Malaysia
I'Allah..

Friday, July 10, 2009

Alhamdulillah


fuiyooooooooohhh..

boleh tarik nafas sikit sekarang.
semua mcm dah nak selesai.
doa2 kan lah semua setel

Tuesday, June 30, 2009

Cara menghapuskan lipas

Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu.
Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.

Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol.
Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
Jangan biarkan sampah sarap di rumah
Selalu cuci bilik air
Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.

Mengurangkan lebuhraya lipas
Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur.
Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat.
Begitu juga di ceiling.

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya.
Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.
Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
Dua bahagian tepung gandum
Satu bahagian koko
Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.

note : sumbangan email dari kawan2

azzadeen