Wednesday, May 27, 2009

Negatif Picture






Bosan gler time nie..apa lagi.aku pun sedak la tangkap gambar
version negatif..sempoi jgk.nie antara koleksi aku.
In Picture:
Azza,Pinggan,Kerusi Meja,Tmpt Abu Rokok,Rokok dan Handphone

Tuesday, May 26, 2009

Engine Break Down

Assalamualaikum


Uish..semalam suasana kelam kabut sekejap kat Control Tower Melaka nie.
Apabila satu kapal terbang training mengalami masalah engine.
Dari perbualan antara controller dan pilot...engine kapal terbang bergegar ketika
berada di udara training area.Pilot minta permission untuk emergency land.
Semua selamat....
Janji memang kerja sebagai controller air traffic nie susah gak..nyawa mey 

Monday, May 25, 2009

bawa diri jap

erm...

bosan...

acudeen melarikan diri ke melaka wat keje.
bosan gler...nie plak si azza melarikan diri gak
ke Gopeng..seminggu lak..aiyah....
mcm2 ade

Wings Opera Hidup-Lirik Lagu

Hidup bagaikan pentas opera
Tirai hidup dibuka
Ceritapun bermula...
Oh..Oh..Oh..Oh..

Hidup bagaikan pentas opera
Musik hidup bergema
Asyik insan bermula
Oh..Oh..Oh..Oh..

Lakonkan dengan semangat kejujuran
Sinarilah hatimu oh kesucian
Oh..rempuh api kepalsuan
Pastikan keadilan
Pastikan jaya

Hidup bagaikan pentas opera
Rentak lakon bermula
Siapakah wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..

Kita kecewa dan menderita
Lumrah alam biasa
Pastikah kau wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..

Lakonkan penuh bersemangat wira
Pastikan langkahmu oh keyakinan
Oh..Leburkan ketidak-adilan
Pastikan kedamaian
Pastikan jaya

Sunday, May 24, 2009

Batu Pahat Trip 23/4/2009

Assalamualaikum.

Date : 23 May 2009

Huish..azzadeen wat trip tak dirancang ke Batu Pahat Johor.
Aktiviti nie tak dirancang pun.
Mula2 acudeen just nak pergi site survey kat melaka.
Abis buat semua kerja..tanpa dirancang kitaorg bercadang nak "
Apa kata kita pie Johor"..ON je..
Kebetulan kita orang pun gie la ke Batu Pahat.
Jumpa family angkat azza.
Best la.Kitaorg di layan mcm anak sendiri kat sana
Makan asam pedas ooo..menjilat jari..
Layan jer
Malam sebelum balik sempat gak kitaorg merayap kat shopping
komplek kat Batu Pahat nie..
Kami bertolak balik ke KL lebih kurang 11 pm..
Sampai dekat kul 3 pagi..haha..mengantok
Apa2 best la.

Kerepek Pagoda Johor















Assalamualaikum.

Azza ada buat sedikit bisnes kecil2an.
Menjual kerepek Pagoda Johor.
Kalau ada sesiapa nak sample kerepek nie
harganya RM 2.00 boleh contact no phone 
di bawah.

Sesiapa yang berminat sila contact
azza@acudeen 0164151249/4141249




Saturday, May 23, 2009

Movie-Syurga Cinta

Assalamualaikum.


Azzadeen baru sahaja balik dari menonton cerita Syurga Cinta bersama
Fandi Coure Rs.Best gak cinta nie.Banyak ayat2 makan dalam yang digunakan.
Apa2 memang best..Mesti tonton.

Wednesday, May 20, 2009

Informasi-Cermin Gelap

Pengecualian khas pemasangan cermin gelap



Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.

Pengecualian khas pemasangan cermin gelap

Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap. 

Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda :-

  1. Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama;dan
  2. Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.

Cara-cara memohon

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Khas CG1 yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya. Semua permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-

  1. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
  2. Surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan seta rekod-rekod Perubatan yang terkini.
  3. Bagi permohonan untuk tujuan keselamatan,sertakan dokumen-dokumen sokongan.

 

Kelulusan

Semua permohonan akan dipertimbangkan dan akan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan untuk persetujuan. Selepas itu akan dibawa kepada Y.B. Menteri Pengangkutan untuk kelulusan.

 

Tempoh

Tempoh kelulusan penggunaan cermin gelap adalah satu tahun sahaja dan perlu diperbaharui.

 

Pembaharuan

Permohonan memperbaharui kelulusan cermin gelap hendaklah dibuat tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh kelulusan dengan menyertakan dokumen berikut :

  1. Borang CG1 yang telah diisi dengan lengkap.
  2. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
  3. Surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan seta rekod-rekod Perubatan yang terkini. Salinan Surat Kelulusan Y.B Menteri Pengangkutan.
  4. Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan

Selamat Pagi Malaysia

Assalamualaikum wbt.


Selamat pagi semua..
Semoga hari ini hari baru untuk kita dan seterusnya juga.
Setiap hari kita isikan matlamat dan harapan baru supaya
kita sentiasa bersemangat dalam apa jua rintangan dan halangan
sepanjang hari yang kita tempuhi.
Kuat kan hati dan pegangan supaya segala harapan itu menjadi kenyataan.
So, wake up..
Selamat pagi.

Tuesday, May 19, 2009

Yamcha Family Trip To Lentang























































Akitiviti berkonvoi ke Lentang Pahang pada 17 mei 2009.
Kehadiran dalam 34 orang semuanya.
aktiviti ini sebenarnya motif utama untuk menyambut
hari lahir ahli Yamcha Family:
1.Nan
2.Fandi
3.Dante
4.Reza Kecik
5.Kiki
HAppy Birthday semoga Panjang Umur dan Di murahakan rezeki ;
dari kami
~Azzadeen~

Erti Kawan

KAWAN 

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL. 
    Mula-mula kejar.. dah dapat sepak... 
2) kawan tu bkn mcm main SKATE. 
    Mula-mula gosok...lepas tu pijak... 
3) kawan tu bkn mcm main RAGBI. 
    Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang.. 
4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. 
    dah pakai, buang.. 
5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. 
    Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai. 
6) kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah
    takde..hujan gerimis baru muncul.. 
7) kawan tu bkn mcm KERETA. 
    Rosak skit,jual.... ambik kereta baru.. 
8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. 
    kejap ade kejap takde.. 
9) kawan tu bkn mcm BANK. 
    Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik
10)lagi.....kawan tu mcm ape ye???? 
    Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . 
    bila saya hantar msg, 
    awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis. 

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. 
bagi saya, kawan tu penting.Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, 
sedih, berduka dan sebagainya.Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang
tentang pelbagai perkara.

Friday, May 8, 2009

myMetro>>PULAU BOGEL


KUALA LUMPUR: Gempar apabila sebuah akhbar online di Denmark, semalam memaparkan babak mengaibkan sebuah program realiti terbitan sebuah stesen televisyen negara itu yang menonjolkan aksi peserta Survivor Robinson Ekspeditionen berlumba lari dalam keadaan telanjang bulat.

Lebih memeranjatkan apabila seorang pembaca akhbar ScandAsia.com di Internet yang mempunyai pertalian saudara dengan rakyat Malaysia, mendapati rancangan realiti di TV3 Denmark itu menjalani penggambaran di sebuah pulau di perairan Mersing, Johor.

Difahamkan, semua peserta program realiti televisyen yang sedang disiarkan di negara Scandinavia itu dibawa khas dari Denmark bagi mengharungi pelbagai ujian lasak secara fizikal dan mental.

Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada penerbit program itu mempunyai agenda tersembunyi apabila mewajibkan semua peserta berlumba lari dalam keadaan bogel, seolah-olah mahu menunjukkan kepada dunia rakyat Malaysia masih kuno dan tidak berpakaian.


Namun, difahamkan, ini pertama kali program berkenaan mensyaratkan peserta lelaki dan wanita menanggalkan semua pakaian sebelum berlumba lari sesama mereka.

Ia sekali gus mencetuskan kritikan penonton program itu yang menyelar penerbitnya kerana menjatuhkan air muka peserta, selain cuba mencetuskan kontroversi itu negara yang menjadi lokasi penggambaran.

Babak acara lumba lari bogel berkenaan yang tersebar melalui akhbar online yang mempunyai pautan dengan laman web program realiti televisyen berkenaan, dianggap satu bentuk penghinaan disengajakan yang boleh menjatuhkan maruah peserta. 

Berdasarkan maklumat, seramai 16 daripada 22 peserta program berkenaan terpaksa menyertai acara lumba lari dalam keadaan bogel manakala lima peserta lagi masih berseluar dalam.

Mereka kemudian disyaratkan memakan ulat gonggok sebagai ujian ketahanan fizikal, sebelum melalui proses undian bagi menyingkirkan peserta yang dianggap tidak lagi layak menyertai cabaran.

Difahamkan, seorang peserta wanita yang enggan membuka pakaian untuk menyertai lumba lari berkenaan disingkirkan daripada program berkenaan sebelum dihantar pulang ke Denmark serta-merta. 

Berdasarkan dua gambar berasingan yang dipaparkan di akhbar online itu, beberapa lelaki dan wanita kelihatan sedang berlari dalam keadaan bogel di kawasan di pantai. 

Turut dipaparkan gambar seorang wanita sedang berlari dalam keadaan bogel secara bersendirian.

Seorang rakyat Denmark yang mengirimkan e-mel mengenai babak panas berkenaan kepada Harian Metro, semalam menyifatkan program yang dipaparkan itu bentuk ‘pertandingan pornografi secara lembut’.

Sebaik membaca akhbar online pagi semalam, dia mendakwa terkejut bagaimana program seumpama itu boleh dibenarkan menjalani penggambaran di Malaysia selain menyatakan rasa hairan mengapa ia boleh sewenang-wenang diluluskan pihak berkuasa di negara ini, khususnya di Johor.

Mengikut sejarah, Ekspedisi Robinson dicatatkan berlaku pada 1905 apabila sekumpulan 65 orang tempatan dan seorang lelaki bernama Robinson memulakan perjalanan dari di Kuala Tembeling, Pahang pada pagi 17 Mei dengan menaiki bot menuju Kuala Tahan bagi menakluki puncak Gunung Tahan di Banjaran Titiwangsa.

Apa dah jadi dengan politik nie

Assalamualaikum.


Aku tak paham la dengan politik sekarang nie.
Nie kat Perak kecoh gler.Apa la deme nie.
Macam budak2 pun ade.Nak gado la,maki memaki la
isk...kalo negara luar tengok malu beb.
Perak come down la.
Korang jangan la malu kan negeri dan negara lagi.
Aku tak best rase nye nak balik kg.
Nanti jalan senang2 kene tahan polis yang wat road block.
Melambatkan perjalanan je.
Hormatla Sultan dan rakyatnye..Apa yang dah diperkenankan
oleh Sultan jangan di lawan.
Korang nie..alahai.mcm budak2.
Malu beb...g mana2 org tanya,ko orang Perak ke.Apa dah jadi kat negeri ko.
Isk...Politik2x..tak abis2.
Tolong la mana2 pihak tolong la solve apa yang berlaku sekarang.
Tak enak didengar dan dipandang.

Sebagai Anak Negeri Perak
Aku harap semua nie dapat diselesaikan
Sedamai yang mungkin.
Apa la sangat nak dikejar dunia nie.
Akhirat tu lagi penting.

Come on wake up PERAK..
Everybody love PERAK STATE.
DONT MAKE PERAK BECOME WORSE STATE IN MALAYSIA..
PLEASE.......................................
PLEASE.................................
STOP IT RITE NOW.
ORANG KELILING TENGOK KITA.

Thursday, May 7, 2009

Puspa-Lirik

kau gadisku yang cantik
coba lihat aku disini
di sini ada aku yang sayang padamu

kau gadisku yang manis
coba dekat aku disini
di sini ada aku yang cinta padamu


* walau ku tahu bahwa dirimu
sudah ada yang punya
namun aku tunggu sampai kau mau

reff:
woo woo jangan jangan kau menolak cintaku
jangan jangan kau ragukan hatiku
ku kan selalu setia menunggu
untuk jadi pacarmu

woo woo jangan jangan kau tak terima cintaku
jangan jangan kau hiraukan pacarmu
putuskanlah saja pacarmu
lalu bilang I LOVE U padaku

repeat *
repeat reff [2x]

HANYA SEKADAR NUKILAN

HANYA SEKADAR NUKILAN

kepada mu ku curahkan kepadamu jua ku buktikan
segala yang ku janjikan dari dulu dan selamanya
biar musim pun berganti namun aku kan tetap di sisi
untuk terus bersama mu menenpuhi onak dan duri..

hari ni aku tempuhi lagi  roda kehidupan ku seperti biasa
bangun pagi gosok gigi tengok tv baru mandi
pakai baju wangi2 pergi kerja senag hati...

td aku nonton macam2 aznil...
salah satu rancangan yang aku minati..
rancangan yang boleh wat aku tersenyum sendiri
sungguh kreatif aznil mengendalikan rancangan nya tu
hari ni topik die wang...
die tamat kan rancangan tu ngan 1 pertanyaan pada penonton..
antara wang dan cinta mana lg penting???
ape kata anda???

bagi aku 2 2 penting...
kalau cinta ade wang tade
cinta pon leh hilang
masuk toilet pon 5 kupang sekarang ni...
kat KLCC lagi lah..
2 hengget lagi..
hemmmm

tapi tak bermakna wang boleh beli cinta
cinta ta boleh di jual dan d beli
klau ianya berlaku
cinta tersebut bukan lah cinta sejati yang datang dari hati
ianya sekadar berlandaskan wang bukan pekerti
patutkah ini terjadi???

kalau benar kita menyayangi dan menyintai seseorang itu
kita akan berusaha keras untuk mengembirakannya
kita tidak akan biarkan dia menderita kerana kita...

aku bersyukur sanagt
kini aku dapat tersenyum kembali
di atas keperitan hatiku yang lalu
benarlah kata owg
setiap kejadian ade hikmah nya

kini aku dihadiahkan oleh-NYA 
dgn hadiah yang sgt istimewa
DIA telah menemukan aku 
dengan seorang insan yang amat istimewa

bagi ku...
tiada Mr rite melain kan dia yang ku jumpa dulu
tetapi ramalan ku SALAH belaka

selepas ku jumpa dia
kini ku tahu dan ternyata
dia kini adalah jauh lebih baik 
dan ternyata
dia lah insan yang ku cari selama ini
baik dari segi semua aspek
ternyata kini 
dialah MR PERFECT ku...

YA ALLAH YA TUHAN KU 
AKU BERSYUKUR DI ATAS PERTEMUAN INI
KU BERDOA MOGA HUBUNGAN INI
KEKAL UNTUK SELAMA-LAMANYA
KU SAYANG KAMU
KU CINTA KAMU.....
MUHAMMAD AKHIRUDDIN B OSMAN@ OTHMAN


~Nukilan : Zurianiza Aini~

Wednesday, May 6, 2009

Macam DCA


Cinta Menurut Pandangan Islam

Cinta Menurut Pandangan Islam

Susunan NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan. 

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. 

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap. 

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w. 

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji. 

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam. 

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w. 

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. 

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa seperti pembunuhan kejam terhadap Allahyarham Norzi Ayu Md Nor baru-baru ini serta beberapa contoh yang lain.


http://www.yadim.com.my

Yamcha Family










http://yamcha-family.blogspot.com/

come join us...created new fren and family.
enjoy and fun here with yamcha family

we provide event, birthday celebration, indoor games and planning how to make
income..
interested please join us.
please contact 

zaki-0173659658
acudeen-0164151249..




Tuesday, May 5, 2009

SELIPAR ADE KALIMAH ALLAH


























































JANGAN BELI SELIPAR INI!!!!!
sumbangan email 

Tribalwars.net
























jom join aku main game nie.
layan..free online game.
www.tribalwars.net

letih..kene kerja malam















sambil telepon ayang ku

huish...baru sampai melaka dah kene standby malam.
tak pa la janji duit masuk dah la.
huhuhu...testing2.bila la korang nie nak pakai barang aku pasang nie
asyik nak testing dan complaint jer.hapeh tul..haiya...ennene tul..
ah...berapa lama lagi aku nak kene stay nie..ayam tul..
bosan ma
aku nak g offshore balik..nak makan duit lebih sikit.
anjin tul


Monday, May 4, 2009

Couple

Assalamualaikum

Pengenalan
Aku nak cerita sikit bagi pihak kitaorg Azzadeen mcm mana kitaorg kenal
dan sekarang dah hampir setahun make love.
Mcm gini ceritanya.
1st org yang main peranan paling banyak sekali Syahoney..si minah hello kitty tue.
yang gemok sikit.Dia nie yang kenalkan aku dgn zuria.Pada mulanya aku tak nak
pasal aku baru jer ilang gf yang meninggal xciden.Nak di jadikan cerita si zuria nie pun
sama tengah mencari2 pasangan hidup.Sya tanya kat aku "nak tak"Budak Perak gak.
Apa lagi aku jack sya minta no phone.
Mula2 aku sms/call dia..kenal2 dalam phone.1st ajak dia keluar dia xmau.
mungkin dia takut aku atau aku nie buat dia terkejut..yela baru je kenal dah nak ajak
keluar...berkali2 gak la aku ajak tak mahu juga.bengkak pun ade dgn minah nie.
Aku nie boleh dikatakan sanggup buat apa saje la...nak pikat dia.sampai aku g konvoi ke dalam hutan..tetap aku usaha nak call/sms dia.Lama2 dia senyap seribu bahasa..Aku pun
dah stop berharap kat minah nie.















1st Date

Aku dah stop contact dia sekejap after aku balik konvoi tu.
Aku balik KL balik then mcm mana jari aku nie gatal pie sms 
minah nie.Dia ade respon baik.Aku mula ajak dia keluar sekali lagi.
Kali green light.Apa lagi siap2 amik dia kat rumah family di Pjra Sg Buloh.
Tak jauh pun.Aku bawa dia g makan kat kedai area Kota Damansara.
Sembang2x..then dia ada tanya nak kawan tak dgn dia-alasan dia sebab dia 
tukang kebun(belajar agro)..Aku tak kesah pun sebab niat nak berkawan.

Jatuh Hati
Kali nie aku dah mula jatuh hati dekat dia.Aku jatuh hati sebab dia nie
ikhlas nak berkawan,aku tertarik pada karektor dia yang kecil tapi hati besar.
Nak kata lawa tak la sangat tapi boleh tahan la.
Aku try luahkan tapi dia tak terima, mcm2 alasan dia bagi kat aku.
Aku try terus try...ntah mcm benggong pun ade...akhirnya kitaorg couple
pada 11/8/2009..lama tu.dekat 3 bulan..hehe..

Couple sampai sekarang dan i'Allah akan bertunang hujung tahun nie.
Amin.Doakan kami ye



poyo ke ape mane nye......


Assalamualaikum...
ni 1st time aku tengok blog ni...
aku tawu pasal blog ni pun pasal bf ni sebok nak wat
aku ni rabon IT..
ni pon TUMPANG ngan acu..
acu ni merangkap bf yang inysaAllah akn menjadi suami aku..
doa2 kan kami yer...
tp ni aku bkn nak cite pasal acu yg poyo ni...
huhuhu
padan muke hang bang...
awi tu acu ader ckp nak wat blog kami...
aku besh je...
d sebabkan aku ni rabon IT
so aku pon soh jer la die wat...
pas da ciap die bg la link tu kat aku
konon nak bg aku tengok la blok yang KAMI yang telah terhasil diatas KEKRIATIFAN acu ni...
tp malang nyer aku ta leh nak tengok kat opis aku...
so awi ni tanggal 4MEI09 baru aku dapat tengok dan lihat....
dengan xcited nye aku pon tengok la...
t ade yang suprise tok aku....
t die ade cite tntg KAMI...
ta saba aku nak bukak.....
lambat lak nak loading..........
aduishhhhhh................................
JENG JENG JENG.................
kowag nak tawu ta...
ACUDEEN
bkn blog KAMI tapi blog die sowg....
HAMPEH....
cakap ngan aku bkn main...
'abg ngah wat blog KITE ni...'
last2 ACUDEEN only...
ape ag kne kotok la bf tersayang aku ni,,,,
baru la die tuka AZZADEEN....
kecik ati pon ade gak....
tp tape la....
mmg die cam tu.......
POYO.....
ape pon aku cyg die....=)
huhuhuhuhuhu
jgn mara ar bang.....
mmmuah..............

Pokok-pokok kebaikan di dunia (artikel)

Pokok-pokok kebaikan di dunia
ALLAH beri bermacam-macam kebaikan di dunia buat hamba-hamba yang
dikehendaki- Nya. Dan segala kebaikan itu pula bermanfaat untuk akhirat
mereka. Bagaimana kita hendak tahu kita telah mendapat kebaikan di
dunia atau tidak? Apa kata para ulama mengenai kebaikan di dunia itu?
Ulama-ulama dahulu termasuk Ibnu Katsir, telah menyenaraikan apa itu
kebaikan di dunia di dalam kitab-kitab mereka. Apa yang mereka
senaraikan itu semuanya dilihat dari neraca agama dan penilaian Allah
serta bertepatan dengan fitrah manusia yang inginkan kebaikan dalam
hidup.
Kebaikan yang disenaraikan itu meliputi perkara-perkara berikut:
kesihatan, isteri yang solehah, rezeki yang luas lagi halal, anak-anak
penyejuk hati, kerehatan, ilmu yang bermanfaat, amal soleh, rumah yang
aman, kenderaan yang baik, dan pandangan baik dari orang.
Kebaikan di dunia juga menurut ulama merangkumi limpahan segala nikmat, kesejahteraan hidup dan taufik dari Allah Yang Esa.
Ada juga ulama mengatakan kebaikan di dunia itu meliputi tiga
perkara iaitu hati yang bersyukur, lidah yang berzikir dan tubuh badan
yang sabar (dalam menanggung ujian Allah). Tiga perkara ini terkandung
dalam doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Senarai kebaikan di dunia oleh ulama-ulama ini bukan hanya dilihat
pada perkara-perkara lahir yang dapat dipandang mata tetapi juga
perkara-perkara batin yang dapat dirasai oleh hati. Perkara-perkara itu
adalah pokok-pokok kebaikan di dunia.
Pokok-pokok Kebaikan Di Dunia
Apa rasionalnya mereka mengatakan demikian? Kenapa dikatakan semua itu kebaikan di dunia? Mari kita lihat dan cuba huraikan:
1. Mendapat taufik dan hidayah Allah SWT
Orang yang mendapat taufik dan hidayah ertinya dia seorang yang
dibantu oleh Allah untuk mengamalkan Islam. Islam bererti "selamat".
Orang Islam kalau kekal mendapat taufik dan hidayah dari Allah, akan
selamat di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW : "Sungguh beruntung
orang yang beragama Islam..." (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abi Zar r.a., Rasulullah SAW bersabda, (Hadith Qudsi) "Firman
Allah Taala: Wahai hamba-hamba- Ku, Aku telah haramkan ke ats diri-Ku
kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke ats kamu semua
maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri.
Wahai hamba-hamba- Ku, semua kamu adalah sesat kecuali orang-orang
yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya
akan Aku berikan. Wahai hamba-hamba- Ku semua kamu adalah dalam
kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripada-Ku, maka
mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan kepadamu.
Wahai hamba-hamba- Ku semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali
orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku
nescaya akan Aku berikan. Wahai hamba-hamba- Ku, kamu semua melakukan
salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa, maka
pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan ampunkan..." (Hadis
Riwayat Muslim)
2. Diberi kefahaman dalam agama
Untuk amalkan Islam perlukan kefahaman. Siapa yang diberi kefahaman
tentang Islam juga dikira telah mendapat kebaikan di dunia. Orang Islam
yang tidak diberi kefahaman tentang Islam oleh Allah akan mengamalkan
apa yang disangkanya dari ajaran Islam tetapi sebenarnya menyeleweng
dari Islam. Hidupnya tak akan benar-benar selamat dan tak mampu
menyelamatkan orang lain.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan
kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama." (Riwayat Bukhari
dan Muslim)
3. Dapat berbuat amalan soleh
Dengan kefahaman agama yang Allah beri, seseorang itu dapat berbuat
amal soleh. Ini juga merupakan kebaikan di dunia kerana hidup akan
terisi perkara baik dan tidak terumbang-ambing. Firman Allah yang
bermaksud: "Katakanlah: "Hai hamba-hamba- Ku yang beriman, bertakwalah
kepada Tuhanmu". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperolehi
'hasanah' (kebaikan). Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya
hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa
batas." (Surah Az-Zumar, ayat 10)
4. Mendapat ilmu yang bermanfaat
Ilmu yang bermanfaat adalah panduan untuk mengisi hidup dengan
perkara-perkara baik dan selamat. Sebab itu Rasulullah SAW berdoa: "Ya
Allah ya Tuhanku, berikanlah manfaat kepadaku dari apa-apa Engkau
ajarkan kepadaku dan ajarkan daku apa-apa yang bermanfaat buat diriku."
(Hadis Riwayat at-Tabrani)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkehendakkan
dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat
maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya
maka hendaklah ia berilmu." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Ilmu pengetahuan menurut Islam sama ada yang berunsur keduniaan
mahupun keakhiratan adalah bersifat sepadu (integrated) dan saling
berhubung di antara satu sama lain. Berasaskan pegangan inilah maka
kehidupan dunia akan dapat dijadikan persediaan untuk kehidupan di
akhirat.
Ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu naqliyah yang berteraskan wahyu
seperti aqidah, syariah dan akhlak dan ilmu aqliyah iaitu ilmu yang
pada zahirnya dipandu oleh akal bagi memperolehi kejayaan dan kemajuan
duniawi. Kedua-dua jenis ilmu ini bersepadu bagi mencapai satu matlamat
iaitu keredhaan Allah SWT.
Islam menggalakkan umatnya memiliki seberapa banyak ilmu dalam usaha
mencari kehidupan yang baik dan sempurna disamping memajukan masyarakat
menurut lunas-lunas yang dibenarkan oleh Islam.
5. Mendapat isteri yang solehah
Kebahagiaan hidup adalah perkara yang semua orang impikan.
Kebahagiaan selalunya bermula di rumah. Siapa yang mendapat pasangan
hidup yang baik patut bersyukur kerana di situlah tanda kebahagiaannya.
Isteri atau suami yang baik ini juga membantu seseorang mendekatkan
diri kepada Allah. Itulah antara kebaikan di dunia buatnya.
Sabda Rasulullah SAW : "Empat dari tanda-tanda kebahagiaan
seseorang: Isterinya solehah, anak-anaknya abrar (soleh),
teman-temannya orang soleh dan sumber rezekinya di negerinya sendiri."
(Hadis Riwayat ad-Dailami dari Ali r.a.)
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Apabila seseorang isteri
meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk
syurga." (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)
Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di
mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumah tangga dan isteri
pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami.
Syurga anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga isteri
adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada
perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan
dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.
Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana
kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak
pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian barulah kepimpinannya
menjadi lebih mantap dan dihormati isteri.
Kunci kerukunan rumah tangga adalah persefahaman antara suami
isteri. Oleh itu Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri
idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti
berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan
agamanya.
Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah
untuk dididik dan beberapa masalah rumah tangga dapat dielakkan seperti
isteri nusyuz dan sebagainya.
Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang
telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam
mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak
bertanggungjwab.
Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata
wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah tangga akan
sentiasa aman dan bahagia.
Namun ada juga orang yang Allah beri kebaikan walaupun tidak
mendapat pasangan hidup yang soleh atau solehah. Buat mereka Allah
kurniakan pahala sabar dalam mendidik atau sabar dalam menghadapi
kerenah pasangannya.
6. Mendapat zuriat penyejuk hati
Betapa sejuknya hati kalau anak-anak taat, hormat dan tahu berbakti.
Tanpa tiga perkara ini, tidak ada erti kepandaian, kedudukan dan
jawatan tinggi yang dibangga-banggakan pada anak. Anak yang baik akan
terus memberi manfaat setelah kematian kita. Pahala amalan baiknya
hasil didikan kita terus mengalir kepada kita dan kita juga menerima
kebaikan dari doa mereka.
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda yang
bermaksud : "Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang
solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa."
(Hadis Riwayat Ibnu Hibban)
Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang
dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan
empat elemen asas yang penting iaitu:
Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra
dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran
dengan baik dan tenang.
Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat
selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin
keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh
bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling
mengambil berat di antara satu sama lain.
Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.
Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah
berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika
berbelanja.
Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.
Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain,
mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari
ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran
kemewahan turut berbeza.
7. Mendapat kawan-kawan yang solihin
Perkara ini juga disebut dalam hadis sebagai tanda kebahagiaan.
Kawan yang baik akan tegur kesalahan kita dan mengajak kita buat baik.
Kawan yang soleh atau solehah ini akan bawa kita ke jalan hidup
selamat. Mereka tempat berkongsi masalah dan kegagalan, bukan hanya
berkongsi senang dan kejayaan.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, "Manusia yang paling dikasihi
Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan
yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang
Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan
keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar.
Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan
hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam
masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya
sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi
keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang
berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat
saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan
kakinya (ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang
buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu." (Hadis
Riwayat Ibnu Abi Dunya)
Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari
Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala,
kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai
keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan
yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam
hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.
8. Kesihatan, kesejahteraan dan kelapangan
Dengan kesihatan yang baik, banyak perkara dapat dilakukan dalam
hidup ini. Orang Mukmin memanfaatkan kesihatan untuk buat sebanyak
mungkin kebaikan sebelum datangnya sakit. Kesihatan juga sering
dikaitkan dengan kesejahteraan hidup. Rasulullah SAW memohon: "Ya
Allah, `afiatkanlah tubuh badanku dan `afiatkanlah pendengaranku. "
(Hadis Riwayat Ibnu Syaibah)
Daripada Abdullah ibn Abbas r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda,
"Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar
iaitu kesihatan dan kelapangan." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Seseorang itu hendaklah menjaga kesihatan yang mana kesihatan itu
adalah satu nikmat daripada Allah, hendaklah digunakan masa sihat itu
dengan amal kebajikan dan amalan salih sebelum sakit. Seseorang itu
janganlah mensia-siakan masa lapangnya terbiar begitu sahaja, ianya
hendaklah digunakan untuk melakukan semua perintah Allah yang diredai.
Kedua nikmat sihat dan kelapangan itu adalah cubaan Allah ke atas
manusia. Oleh itu hendaklah digunakan masa sihat dan lapang itu untuk
memerangi hawa nafsu. Sesiapa yang berjaya pasti akan mendapat
kemenangan begitu juga sebaliknya.
9. Panjang umur di dalam ketaatan
Hampir setiap orang mahu hidup lama, kecuali orang yang putus asa
dengan hidup. Paling baik kalau dapat panjang umur sambil berbuat
ketaatan kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya
sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur di dalam mentaati
Allah." (Hadis Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya)
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mati pada masa ia
dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh
Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang
mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat,
maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya. "
(Hadis Riwayat Jabir r.a.)
10. Mendapat rezeki yang halal
Rasulullah SAW menekankan agar umatnya berusaha mendapatkan rezeki
halal kerana ia akan memberkatkan hidup. Dalam satu hadis, baginda
mengatakan bahawa mencari rezeki yang halal itu satu jihad. Malah
sabdanya: "Amalan yang paling utama itu ialah mencari rezeki dari usaha
yang halal." (Hadis Riwayat al-Hakim)
Dari Abdullah bin Amru bin `Ash r.a. katanya, Rasulullah SAW
bersabda: "Sungguh amat beruntunglah orang yang Islam (berserah diri)
dan merasa cukup dengan apa yang direzekikan Allah serta berpada dengan
apa yang diberikan-Nya. " (Hadis Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW telah menasihatkan kita agar melihat kepada orang
yang di bawah. Jangan melihat kepada orang yang di atas (lebih bernasib
baik) kerana yang demikian itu akan membuatkan kita menjadi tidak
bersyukur. Namun itulah masalahnya yang berlaku pada setiap daripada
kita. Sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang
lebih banyak. Tetapi ini bukan pula bererti bahawa kita tidak boleh
mengejar yang lebih baik. Rezeki itu hak dan kepunyaan Allah. Maka
bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu kerana tiada rezeki untuk
kita tanpa ada keizinan daripada-Nya.
11. Beroleh keimanan dan ketakwaan
Dengan iman dan takwa, seseorang itu mulia di sisi Allah dan di sisi
manusia. Siapa yang tak sukakan kemuliaan? Sabda Rasulullah SAW :
"Semulia-mulia manusia adalah orang yang paling bertakwa di antara
kamu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda : "Hendaklah kamu bertakwa, kerana ia merangkumi semua kebaikan." (Hadis Riwayat Abu Ya´ala)
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah
mengasihi hambanya yang bersifat Taqwa, kaya jiwa serta tidak
menonjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi)." (Hadis
Riwayat Muslim)
Yang dimaksudkan dengan kaya di sini ialah kaya jiwa bukan kaya
harta sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis. Tiga perkara yang
apabila dilakukan oleh seseorang maka ia dikasihi oleh Allah SWT ialah :
BertaqwaKaya Jiwa (Berakhlak mulia)Tidak menonjolkan diri
Setiap umat Islam hendaklah sentiasa memperbaiki dirinya dari masa
ke semasa dengan menanamkan tiga sifat tersebut diatas secara
berperingkat- peringkat. Islam menyuruh umatnya supaya bertaqwa kepada
Allah dan mempunyai sifat-sifat yang mulia dan berbudi bahasa, jangan
bersifat sombong, ego dan sebagainya yang boleh menjatuh dan
merendahkan mertabat kemuliaan manusia itu sendiri.
12. Banyak mengingati Allah SWT
Nikmat paling besar yang manusia cari-cari dalam hidup ialah nikmat
ketenangan. Orang Mukmin adalah orang yang hidupnya penuh ketenangan.
Firman-Nya: "...orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi
tenteram dengan mengingat Allah. Sesungguhnya hanya dengan mengingati
Allah itu, hati akan menjadi tenteram (tenang)." (Surah Ar-Ra´ad, ayat
28)
Sabda Rasulullah SAW : "Aku berpesan kepada kamu semua supaya
mengingati Allah, kerana hal itu dapat menghiburkan hati kamu dari
segala kesulitan duniawi." (Hadis Riwayat ad-Dailami)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tujuh golongan manusia
yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang
tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam
(pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah,
lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang
saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan
berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan
serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku
takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah
lalu
menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang
mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Orang yang mencintai Allah SWT dengan hati yang ikhlas semestinya
akan merasa keagungan dan kebesaran Allah. Oleh itu di saat ia
bertafakur kepada Allah akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan
dari dalam dirinya.
Dalam riwayat yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya
: "Tanda cintakan Allah SWT ialah mengingati Allah SWT (zikrullah) dan
tanda Allah SWT murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati
Allah." (Hadis Riwayat Baihaqi)
Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap individu
adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan kayu ukur terpenting
dalam menilai kualiti iman seorang muslim yang sebenar.
Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila mengingati
Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan sembahyang, membaca
al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagi orang yang tidak cintakan
Allah, dia merasa bosan dan rimas apabila mendengar kalimah-kalimah
Allah dan malas untuk berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk
beribadat kepada Allah.
Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala senang
mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada Allah SWT,
kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin, jalan hidupnya sentiasa
sejahtera dan selamat.
Sebaliknya mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya akan didapati kosong, kecewa dan hampa.
13. Berjaya menyucikan jiwa dari mazmumah
Hidup tak akan tenang jika hati penuh hasad dengki, tamak, takut,
benci, keluh-kesah dan lain-lain sifat mazmumah. Tidak hairanlah
dikatakan, orang yang bersih hatinya dari sifat mazmumah ini adalah
orang yang mendapat kebaikan di dunia. Bila menghadapi musibah, dia
sabar dan bersangka baik dengan Allah.
Misalnya jika ada orang terganggu dengan turunnya hujan pada waktu
hujan itu `tak diperlukan´, dia sentiasa mencari hikmah di sebaliknya.
Bila dapat nikmat pula, dia bersyukur. Hatinya tak pernah keluh-kesah.
Firman Allah Taala: "Sesungguhnya berjaya dan beruntunglah orang yang
menyuci (membersihkan) jiwanya." (Surah Al-A´la, ayat 14)
14. Mati di dalam kebaikan (Husnul Khotimah)
Ini merupakan penutup segala kebaikan di dunia. Firman Allah SWT :
"....demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertaqwa,
(iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para
malaikat dengan mengatakan (kepada mereka) Salamun `Alaikum." (Surah
An-Nahl, ayat 32)
Sabda Rasulullah SAW : "Sebaik-baik amalan itu ialah bahawa kamu
berpisah dengan dunia ini sedangkan lidahmu basah berzikir kepada
Allah." (Hadis Riwayat Abu Na´im)
Para ulama yang beramal dengan ilmunya melihat sesuatu dengan mata
hati. Oleh itu, dalam senarai kebaikan di dunia yang mereka turunkan di
atas, tidak ada perkara-perkara berbentuk nikmat zahir semata-mata.
Misalnya mereka tidak kata kebaikan di dunia itu ada pada rumah besar,
kedudukan tinggi, isteri cantik, duit banyak, nama popular, kenderaan
mewah dan lain-lain yang sering kita buru hari ini. Semua ini tidak ada
dalam senarai para ulama. Bermakna, mendapat semua itu belum bererti
mendapat kebaikan yang hakiki.
Kebaikan di dunia itu sebenarnya milik hamba-hamba Allah yang taat -
hamba yang lebih utamakan akhirat dari dunia. Dalam surah an-Nahl ayat
122 dinyatakan bahawa Allah telah mengurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
hasanah (kebaikan) di atas kehidupan dunia.
Ayat ini menjadi dalil bahawa ada kebaikan duniawi yang Allah akan
beri kepada hamba-hamba- Nya yang dikehendaki. Walaupun mengutamakan
akhirat, Allah akan dahulukan bermacam-macam kebaikan buat mereka di
dunia lagi. Dan segala kebaikan itu pula bermanfaat untuk akhirat
mereka.

[2.200] "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia, dan
tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat." [2.201] "Ya
Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan
peliharalah kami dari siksa neraka